Blog dalam bahasa ibunda

Thursday, January 31, 2008 Liyana Hanim 0 Comments

Hari ini,saya akan cuba memblog dalam bahasa ibunda saya…hehehe
Inspirasi dari blog hanna yang mengandungi seribu erti..

Dalam hidup ini,kita berjumpa dan bergaul dengan berbagai jenis manusia..
Bak kata orang, “Rambut sama hitam,hati lain-lain”.
Kita tak tahu apa yang tersirat di dalam hati mereka.
Kadang kala,apa yang dilihat di luar, tidak mencerminkan apa yang di dalam.
Sama ada baik atau tidak.
Tapi, tak kenal maka tak cinta.
Saya,sangat-sangat bersyukur kehadrat illahi kerana dikelilingi dengan kawan-kawan yang selalu menasihati saya, yang marahkan saya untuk kebaikan diri,yang membimbing saya ke jalan yang baik,yang menyayangi saya walaupun kadang kala saya agak menjengkelkan(hahahaha).

Hanna & Napisah
Terima kasih kerana selama saya menjadi housemate(tak ingat la dalam bm ape)anda,kamu berdua sebagai fasilitator UiTM,selalu menasihati saya apabila saya melakukan kesilapan atau apabila saya ada masalah,dan bermacam2 lagi.
Sekarang,bila sudah tidak tinggal serumah dengan anda berdua,saya rindukan sesi kaunseling tersebut…hehehe
Tapi tak mengapa,kerana bila saya dah ada kereta nanti(doakanlah kereta itu selamat sampai ke rumah saya di Puncak Alam) kita bolehlah ronggeng2 diwaktu lapang…hehe

Izza
Saya sangat bersyukur kerana bertemu dengan anda sewaktu MMS lagi.Individu yang unik yang penuh dengan idea-idea bernas(tak lah semua,tapi banyak lah jugak) yang tidak pernah tidak berada dengan saya sewaktu saya melalui apa-apa masalah,kegusaran atau kekecewaan.Memberi nasihat dan dorongan tanpa meminta apa-apa.Bertahan dengan karenah saya yang kadang2 menjengkelkan dan menyakitkan hati(sori babe!).Dan sehingga ke hari ini,kita masih mampu berkongsi masalah dan kegembiraan dari hari ke hari walaupun anda ada banyak lagi kawan rapat tapi saya tahu bahawa persahabatan ini adalah istimewa.

Mak,Hani & Emmie
Tanpa anda bertiga,tentu saya akan mati kebohsanan di apartment suria itu.
Terutama sekali mak dengan nyanyiannya yang merdu bak buluh betong,dan aksi2nya dalam video2 klip yang panazzzz…haaha..
pengalaman beliau dalam alam percintaan sangat memberi inspirasi kepada saya.
Moga jodoh mak & pak dat berpanjangan & bertemu dijinjang pelamin.
Hani,terima kasih banyak2 kerana sewaktu peperiksaan akhir,anda menemani saya belajar di perpustakaan.Jangan putus asa dengan manhunt anda ya?hehehe.Juga,terima kasih sangat2 kerana hampir selalu mengingati saya akan tanggungjawab sebagai seorang umat islam..itulah rakan yang bagus kerana membimbing kita ke jalan yang benar…
Emmie,saya sangat rindu akan karenah awak yang kelakar itu…terutama sekali adegan2 pengsan & kisah cinta anda & teman lelaki anda(yang saya tak tahu nak eja nama dia) yang juga turut memberi inspirasi kepada saya…hehehe.Walaupun anda pernah menutup lampu sewaktu saya sedang mandi…tapi takpe saya maafkan awak…hahahah.Rindu bergosip dengan anda…tapi tak mengapa,dah dapat kereta nanti anda juga akan saya bawa beronggeng…

Banyak lagi individu yang saya hendak cakapkan di sini..tapi oleh kerana ini ialah laptop sepupu saya( ya lah,laptop saya kan dalam koma & memerlukan 1k untuk bernyawa kembali),dan dia perlu melakukan tugasan2nya..saya berhenti disini sahaja dahulu…


Ini tidak kena mengena dengan kawan2 saya
Oh,kepada seorang jejaka di dalam kelas tenpin bowling saya, yg saya tak tahu nama anda & tak kisah pun..
Hello,saya tahu lah anda dah telan SEMUA buku bowling yang terdapat di dalam dunia fana ini
Tapi,saya datang ke kelas itu untuk dengar coach yang bercakap bukannya anda!
Menyampah saya dibuatnya…Betul kata orang,rupa sahaja elok tapi perangai…hish

0 comments: