Saje jerrr

Monday, July 28, 2008 Liyana Hanim 0 Comments

Inspirasi untuk kelas koko sastera(literature appreciation)....

Saya tak suka,
orang yang tak faham tapi buat-buat faham.

Saya tak suka,
orang yang tak tahu hujung pangkal tapi main teka-teki.

Saya tak suka,
orang yang tak tahu segalanya,tapi nak menghakimi.

Siapalah aku?
Siapalah engkau?
Engkau tidak tahu semuanya...
Diam-diam ubi berisi..
Biarlah hanya aku dan dia yang tahu.
--------------------------------------------------------------------------------------------------
Santapan hari ini...

Bila kita marah pada seseorang,adakah kita akan terus menyerangnya?
Tentu tidak kerana kita orang yang bijak bukan?
Kerana sesuatu yang telah diluahkan dengan kemarahan,tidak boleh ditarik balik.
Kata-kata kadangkala boleh membunuh.Ingat itu.

Jadi,daripada menyimpan di dalam hati,seseorang itu akan meluahkan pada orang lain.
Dengan harapan,orang itu dapat mendengar dan memberi nasihat.
Bukan menceritakan kepada orang lain dan memburukkan mereka yang terlibat.

Lumrah dalam persahabatan,tiada yang sempurna.
Aku,engkau,dia dan mereka..semua tidak sempurna.
Persahabatan yang utuh akan ada perselisihan,sesuatu yang tidak ramai orang fahami.
Tidak semuanya indah bak sang suria.
Itulah yang menguatkan sesebuah persahabatan.

0 comments: