Praktikum bukan utk main2..:)
Tak elok kan cerita kisah2 yang boleh mengaibkan orang...akan tetapi,kisah benar ini terlalu kelakar dan menggelikan(gross!) untuk tidak dikongsi di blog ini untuk tatapan anda semua..hehe.Ini tentang kisah seorang gadis yang namanya harus dirahsiakan,belajar di poli & menjalani praktikum di sebuah pejabat milik kakak rakan saya.Gadis ini dari luaran sangat sopan kelakuan dan tutur kata serta bertudung litup.Rajin sungguh dia di pejabat sehingga selalu minta kepada majikan untuk pulang lewat dan majikan pun memberikan kunci ofis kepadanya kerana dia selalu pulang hanya selepas semua orang di ofis sudah pun pulang.
Suatu hari,salah seorang pekerja di ofis,merasakan bilik tempat mereka selalu mengerjakan solat kelihatan lebih kotor dari biasa.Dan mengesyaki mungkin pelajar poli itu menjadikan ofis tempat tinggalnya di waktu malam.Kakak kawan saya pon menyuruh salah seorg dari pekerjanya untuk menjadi mata2(spy) sewaktu dia harus ke negeri lain & menjenguk ofis dari jauh, selang beberapa jam untuk memastikan kesahihan dakwaan pekerja yang lain.
Sampai pukul 4 pg si ahmad(bukan nama sebenar) menjenguk2 ke ofis sambil lepak di sebuah restoran makanan segera 24 jam yang berdekatan,ofis masih berkunci & tiada lampu menyala dari luar.Ahmad pun balik la ke rumah.
Al-kisah,salah seorang pekerja yang juga kawan rapat majikan pergi membeli barang2 harian di sebuah pasar raya kecil sederet dengan ofis tersebut & dia nampak kipas aircond ofis berputar dari luar.Dia pon terkejut & menelefon kakak kawan saya bertanyakan tentang hal itu.Terus kakak menelefon Ahmad & suruh dia segera ke ofis kerana baru dalam perjalanan pulang dari negeri lain.
Ahmad,bersama 2 pekerja lain & juga kakak kawan saya(yg berjaya sampai beberapa minit selepas ahmad) pon masok la ke dalam ofis.Alangkah terkejutnya kakak bila melihat si gadis bertelanjang bulat di atas sofa ofis bersama seorang lelaki yang BUKAN teman lelakinya tanpa seurat benang pon!(selimut pon xde ke??ewwww)
Setelah mengambil beberapa foto sebagai bukti,si majikan mengejutkan si gadis bersama skandalnya itu.Tanpa segan silu si gadis boleh pula bertanya begini..'Eh,kenapa tak cakap nak datang ofis?'(oleh kerana hari itu hari Sabtu!)..sambil tidak memakai baju oleh kerana mengikut sangat nafsu,baju dia entah diletak di mana.Ahmad,terus meluru ke tandas kerana termuntah melihat bentuk badan si gadis--INI KISAH BENAR YE!--yang gempal & tanpa seurat benang itu.
Majikan pon memecat la gadis itu & mennghubungi pensyarah si gadis tersebut.Apabila majikan berkata bahawa si gadis tidak boleh menjalani praktikum di pejabat berkenaan lagi,pensyarah itu pon bertanya kenapa.Walaupun majikan tidak mahu menceritakan apa sebenarnya yang berlaku,dia akhirnya akur atas desakan pensyarah & terpaksa membuka pekung pelajar tersebut.
Oleh kerana pensyarah itu baik hati,dia tidak menceritakan kisah ini kepada pihak atasan & sebaliknya menyuruh pelajarnya itu supaya menjalani praktikum pada semester hadapan.Jikalaulah pihak atasan tahu,tentulah pelajar itu dibuang dari poli.
P/S:Kakak kwn saya telah pun MEMBUANG sofa tersebut oleh kerana geli & kerana ia digunakan sewaktu hendak berbincang dengan klien2 beliau..ewwwww!
Moral of the story:Waktu praktikum,jagalah tingkah laku anda.Ini tidak,dahlah melakukan perbuatan terkutuk lepas tu tak tahu malu pulak.ish2.Saya ingat lagi sewaktu saya dan rakan2 menjalani praktikum,kami amat berhati2 dan menjaga imej universiti kami.Bila saya mendengar kisah ini,saya tak percaya ada pelajar sebegitu 'berani'.Jangan kerana nafsu serakah,anda hampir2 merosakkan masa depan sendiri..Renung2kan!
0 comments:
Post a Comment