Subhanallah

Saturday, August 29, 2009 Liyana Hanim 8 Comments

Di bulan ramadhan yang mulia ini adik ku,anak kedua dalam keluarga aku(aku yang sulung),Muhammad Haziq,telah melalui suatu pengalaman yang menakutkan & menginsafkan semalam.Mungkin kalian ingat semalam aku ada blog tentang kereta milik kawanku yang adik aku tumpang dalam perjalanan pulang dari Johor terlibat dengan kemalangan yang teruk.Tapi sewaktu aku memblog aku tidak tahu betapa teruk sebenarnya kemalangan itu kerana mamaku hanya berhubungan dengan Haziq melalui telefon bimbit.

Bila malam semalam mama & ayah membawa Haziq pulang ke rumah setelah dia sampai di rumah nenek (sepatutnya pukul 4 petang & aku yang akan mengambilnya di rumah nenek),mama pun bercerita padaku.Aku terkesima.Aku berasa sangat takut,sedih & kagum dengan kekuasaan Allah s.w.t.

Begini kisahnya,kawan adikku memandu 108km/j di lebuhraya.Bagiku,ini tidak laju kerana aku pernah memandu sehingga gear 5(ketika memandu Toyota Unser la..jika Viva memang dah melayang) tetapi,sebenarnya ia agak laju & menyebabkan sebuah kereta Rexton yang melanggar kereta kawan adikku dari belah kiri--mungkin kereta itu hilang kawalan sedikit...itulah penting sentiasa alert...tiada istilah ‘termakan jalan’...nanti2 aku akan blog psl jenis2 pemandu yang tak berhemah--,menyebabkan kawan adikku yang memandu dengan laju,hilang kawalan & kereta itu bergeser dengan pembahagi jalan dalam beberapa meter,bergoyang & kawan adikku gagal mengawal stering selepas itu.Nasib adikku bijak & MENARIK stering ke belah kiri & dari kawannya, agar kereta Myvi kawan adikku tidak meloncat keluar dari pembahagi jalan & ke jalan yang bertentangan.Subahanallah.

Ialah,Rexton tu kan kebal...impak sewaktu ia melanggar Myvi mestilah hampir melambung .Sewaktu keadaan hampir maut itu,adik aku hanya teringat satu sahaja & satu gambar bermain di fikiran adikku,katanya.Sewaktu kemungkinan adikku hampir menemui ajal,kereta itu bergetar2 melanggar pembahagi jalan,adikku teringatkan muka MAMA & AYAH kami.Ketika mendengar itu,aku hampir menangis,tapi taknaklah menangis depan adikku nanti sebak pulak dia.

Untuk pengetahuan,pemandu kereta Rexton itu berada dalam keadaan kritikal sekarang.Adikku & kawan2nya(serta teman wanitanya yang turut berada dalam kereta) membuat laporan polis selepas itu.Mujur & syukur kepada Allah tiada satu calar pun di badan adikku.Mendengar cerita sebenar membuat aku sangat takut bahawa nyawa adikku boleh melayang tadi.Segalanya seperti menjadi kabur.Adikku hampir menemui ajal?Sukar untuk aku terima kenyataan itu.
Mama berkata mungkin kerana setiap kali mama solat,dia selalu berdoa anak2nya selamat dari segala bencana & malapetaka.

Tuhan menunaikan doa mama di bulan Ramadhan yang mulia.Sesungguhnya tuhan itu maha berkuasa kerana masih sayangkan adikku & kejadian ini aku harap membuka matanya bahawa, walaupun kadang2 kita lupa pada tuhan untuk sekian lama,tapi TUHAN SENTIASA INGAT PADA KITA.

Kawan2ku,hargailah masa2 bersama keluarga anda & jangan lupa pada tanggungjawab kita sebagai umat Muslim.Berusaha menjadi insan yang lebih baik.

8 comments:

Moja Amin said...

Kirim salam kat dia, hope he will get better soon.
:)

Yaya N said...

*istifar*

nasib baik semuanye oki.alhamdunillah

betul tu Li, ingatlah pada Allah sentiasa kerana tiada yg lebih berkuasa daripada Allah..

Anonymous said...

alhamdulillah adik awak selamat....

btw...your BM kinda suck...practical more ok!!!

Hanna said...

syukur tiada apa2...lyana,amek la pengalaman adikm usebagai satu peringatan buat kita semua..ajal itu akan datang bila2 mase,xkan terceoat atau terlambat walau seminit...marila kita saling beringat n bersyukur...

Liyana Hanim said...

mojs..die sudah balik segamat..huhu

yaya..btul2

anonymous..bm sy agak suck la..karat sket..

hanna...thanks babe..bukak pose same 2day!

Liyana Hanim said...

em..anonymous..BI awk slh la..bukan practical tp practice more..hik22

'iN said...

goshh,,tkjot..
cuz i salu drive 140,,dan itu speed normal,,x nomral ialah 150 n 160..
*n it's just a cute little myvi,,ahahaha
ptot la sme org pon risau.. >.<"

Liyana Hanim said...

in...omg!bahaya gilerrr...
xkecut ke perut iki??haha
i paling laju on the road bwk Unser,130-140 je...tuh pun kat highway yang clear..hehe
jgn bwk laju2 sgt..nanti ape2 jd kat u habis la iki nangis air mata darah pun xgune...hehehe