Kepoyoan

Monday, August 24, 2009 Liyana Hanim 15 Comments

Peringatan:Ini entri agak merapu sebab dikarang pukul 2 pagi sebab tak boleh nak tidur & hanya nak meluahkan apa yang aku saksikan minggu lepas.

Entah kenapa tapi aku terpanggil untuk memblog dalam bahasa ibunda kali ini.Seingat aku dalam 370+ entri blog,aku hanya pernah blog dalam bahasa melayu cuma 2 kali.Eh,tapi itu tak bermakna aku tak reti bertutur atau menulis dalam bahasa melayu.Aku bukannya mat salleh,rambut masih hitam,mulut makan durian & petai.

Mungkin sebab aku ni pelajar B.Ed TESL jadi semua tugasan di kampus dan pembelajaran dalam bahasa inggeris,aku pun blog dalam bahasa inggeris agar mutu penulisan aku dalam bahasa kedua ini lebih baik.Tapi sekali sekala nak juga(kenapa ada jugak & juga?)blog dalam bahasa melayu.Lagipun aku berbual dengan rakan2 serta ahli keluarga dalam bahasa melayu.Takkanlah semua benda dalam bahasa inggeris kan?Nanti berkarat pula bahasa melayu aku.

Tapi aku tengok,(bukan aku sahaja,rakan2 & serta pensyarah pun nampak) junior2 aku yang baru ni,macam bangga sangat lah bercakap dalam bahasa inggeris(Ada BEZA bercakap dengan bangga & bercakap normal=NADA PERCAKAPAN) sampai kena biar satu TESL square dengar.Contoh terbaik,sewaktu aku dan rakan2 sedang berbincang tentang tugasan Women Lit(subjek semester terakhir pelajar TESL yang mengambil minor dalam Literature),tiba2 adalah seorang junior perempuan ni,bercakap(tapi jika dalam nada yang sekuat itu,bukanlah bercakap,lebih kepada melaung kan?) dengan rakan yang depan muka dia(kira bukanlah jauh bermeter2 kawan dia tu) dengan kuat sekali dalam bahasa inggeris yang berslanga American.(aku takde masalah dengan slanga dia,tapi...baca lagi)

Aku dan kawan2 berpandang sesama sendiri.Tidak,kami tidak ada masalah dia bercakap bahasa inggeris,hello,kami SEMUA pelajar TESL & dah 5 tahun pun di fakulti(1 tahun pra-ijazah & 4 tahun Ijazah Sarjana Muda Pendidikan).MASALAHNYA kenapalah kau kena menunjuk2 kau boleh bertutur dalam bahasa inggeris..dikalangan pelajar2 yang rata2nya satu fakulti boleh kot bertutur dalam bahasa inggeris.Bukan kau seorang.

Tapi kami tak rasa perlu bercakap macam pakai speaker dalam bahasa itu sehinggakan,ini aku tak tipu,Madam Shireena yang lalu dikoridor,apabila terdengar & melihat perbuatan budak itu,menjulingkan matanya tanda macam..hish budak2 sekarang.Kalau Madam Shireena pun rasa cara budak itu menjengkelkan,apalagi kami yang berada di situ?Adik ,relaks boleh?(adiklah,sebab dia belasan,aku dah 22.Dia 19 tahun.Kawan2 TESL,mesti korang tahu part berapa kan?)

Hah,kalau kamu semua rasa aku ada masalah dengan junior,kamu salah.Aku langsung takde hal dengan mereka, malah,ramai yang ramah & murah dengan senyuman(itu aku suka,susah ke nak senyum kat orang?Tak kisah kalau tak kenal pun.Budak2 fakulti/INTEC yang tak kenal aku,murah je dengan senyuman,jadi balas je la balik..bukan kena bayar!)tapi adalah 1 atau 3 orang yang baru nak kenal dunia jadi mereka rasa perlu mengadvertisekan(aku tahu perkataan ni tak wujud & ini dinamakan ‘code mixing’ kepada siapa yang pernah belajar Sociolinguistic—best!) diri di khalayak ramai.haih.Eh,tak elok mengeluh di bulan Ramadhan.hehe.Selamat Berbuka!

Oh..ini makanan untuk minda...Teringat hari tu bila berbincang dengan kawan2 rapatku.Kita ni kawan susah dan senang...Kira hubungan dua hala lah.Jadi aku gembira dengan kawan2 aku sekarang.Letih dgn kawan yang selalu datang pada KITA pada kala susah,tapi kala dia senang tak pernah nak INGAT dekat kawan sendiri.Tak mengapa,selama ini aku selalu menidakkan kata2 orang disekeliling,sama ada yang rapat atau tidak.Tapi sekarang terbukti aku dah nampak semuanya.Terima kasihlah banyak2.Lepas ni jika susah carilah kawan2 dikala senang kau tu.Titik.

15 comments:

Hanna said...

cik liyana..

1.aku suke membaca penulisanmu dalam bahsa ibunda...aku tersnyum dan tertawa dibuatnye..intipati yg padat dan bahasa yg santai mampu menambat selera pembaca...

2.biasa la tu, budak baru nk hidup.biarkan mereka kerna mungkin kita juga pernah berada dalam kondisi itu..

3.kawan ketawa mmg senang dicari,namun kawan airmata belum tentu lg..mereka yang tidak berada bersama kita saat susah mmg akan sukar memahami perasaan kita..aku tau hati ko tidak sekeras batu...mungkin sekarg ko kata 'titik' tp sok2 lusa mungkin ko akan bermesra kembali dengan kawan2 gembira yg dimaksudkan...apa aku nk pesan, tidak salah jika ko mahu bermesra semula dgn mereka,TETAPI biarla berpada2..jgn terkena buat kali kedua,ketiga atau berkali2 dengan si dia..cukupla sudah ape yg telah dilakukan untuk melukan hati ko..

hugs n kisses!

Liyana Hanim said...

1.terima kasi daun keladi & terima kasih kerana aisyah hani juga ada membetulkan satu dua kesalahan tatabahasa aku..hehe

2.hurmph..boleh terime gak la alasan tuh.tapi masih mengjengkelkan.

3.hanna,kwn2 gembira??bukan kwn2,insan tuh seorang je pun.hehe.eh,mcm yang ko lihat sendiri & analisa,bukan sekali,dah dua,tiga,empat kali.aku dah penat.kepala aku dah banyak dah kesan pijakkan..huhu

Liyana Hanim said...

eh salah kat no.1 aku tu..sepatutnya aisyah hani juga 'telah' membetulkan...:)

Yaya N said...

Li, aq suke entri ko!

a'ah aq x setuju ngan hanna.na,ko x tgk dieorg tuh poyo tahap nak mati idup balik pon xde yg poyo lebih dari tuh..haha(ko paham x ape yg aq nk ckp??) even dlu kalo kite try nk ckp BI pon xde la poyo nak mati..btul x? (pendpat aq je la..hahaha)

aq xtau aq di kategori yg mane..kdg2 aq rase aq mungkin kwn2 yg gembira tuh..kalo aq adalah org nye mintak maaf la Li,

org yg duduk umah terasing dari rakan2 agak ketinggalan dari semua segi..nway, be strong..aq pon dah biase kena camtuh..lame2 biase la..
just ape yg patut kite wat (wlaupon letih) being ignorant

weh aq disini kalo ko memerlukan. k...kalo xleh tlg banyak sikit pon aq akan try.

xoxo

Hanna said...

kesan pijakan??
huish kasut apakah yg dia pkai?mesti nyk kesan tapak kasut eh?huhu

sabar2!

Anonymous said...

kire ak cikgu bahasa la kan? peace ^_^

Syud Ridzuan said...

serious aa budak jr menjengkelkan?

baru first year nk berlagak ke? bagi demerit baru tau. heh.

Izlin said...

hahaha..geli hati pabila membaca nukilan saudari..

simpan itu atas k? (keep it up k?)

xo!

Liyana Hanim said...

Yaya:sangat!tapi xpe,bdak tuh bukan dr uitm pon...oooopsss...asasi mana pon aq xtau...hishh...aq rase die konpius kot sape yg blaja kat fac kite??die assume ramai xboley ckp English seterer die...kah22

yaya..mestila bukan ko!!!adoisssss
hish..
ko tuh slalu ja teman aku lunch(before puasa la bukan sekarang..hahaha) kot..aku nak mkn dgn siapa kalau bukan ko?hani jugak..

yaya,aq tau...luv u!xoxo

Liyana Hanim said...

hanna,pakai kasut but kot??hahahaha

Liyana Hanim said...

hani:ceh....nak jugak!nanti jgn lupe gi bazaar yang tak berape best tuh!lolss

Liyana Hanim said...

syud:ini seriyes(gaya wonderpets)..btul!!
tesl square tuh..hari2 dah jadi 'pentas' die...adoisss
naseb aq jarang2 lepak ctu dh..sakit jer mata di bln puasa nih...die bukan asasi dr uitm...budak part 1...

Liyana Hanim said...

Izlin:aku nak jawab dalam bhs kelantan nanti salah pulak kn?hahaha
have fun dgn family!!

simpan itu atas...xbley blah...lolsss
xoxo

Izlin said...

liyanaaaaaa...saya nk jadi kawan sedih u jugak(sbb awak pernah jadi kawan sedih saya dlu huhu)...tapi sejak menjadi cikgu tipu, mase tidak memberangsangkan....saya nak rasa dipunyai juga...huhu. (nk feel belong)

next sem saya akan cuba berada di situ smpai awak muak melihat muka saya...insyaAllah!

Hanna said...

eh banyaknya komentar-komentar di entri ini ya..mari kita sama-sama menghangatkan suasana hari raya...


p.s:mungkin aku sudah agak weng dipagi hari kerana belum tidur lagi.inilah bahana bercuti,sudah tidak sedarkan diri.

p.s.s:aku berniat mahu membuat kalian(aisyah hani,nurliyana hanim n nurhidayah) cemburu..wakakaka!

p.s.s.s:jahatkah aku???aku jahatkah??jahat akukah??akukah jahat????

hmmmm...